Monday, 21 March 2016

Resipi miss A : Resipi Brownies Triple Chocolate



hi chocolate maniac

hari ni kan, miss A nak buat entry tentang share resipi lah..


so to make thing special, this also my first time nk buat entry mcm ni..

Untuk permulaan kita buat benda mudah dulu.....

miss A  suka memasak, tapi lagi suka bakery field....

i love to bake... tambah2 brownies...kalau balik USM x bawak balik brownies, mesti x lengkap

so kat sini miss A nak share resipi mudah buat brownies triple chocolate..


mudah,senang nak hafal and biasanya hasil brownies mesti menjadi...resipi ni pun miss A dapat bila miss A usha blog ni resepi triple chocolate brownies .


miss A nak kredit,blog dia, sebab dia bagi resipi yang senang miss A nak igt,tapi miss A ada ubah a few thing sikit... btw tq...


ok so back to the topik...

bahan2 brownies triple chocolate ni ialah

Bahan A
Butter (jenama anchor)- kalau beli yg 227 g tu, setengah dari tu
Coklat gelap (jenama beryl tanpa susu, kalau yg susu, dia manis.)- 1 1/4 cawan

Bahan B
Gula kastor-1/2 cawan
Essen vanilla-1 sudu teh
Telur Gred B- 3 biji
Tepung gandum-1/2 cawan
Garam-1/2 sudu teh

Bahan C
Chocolate chip- 1/4 cawan
White chocolate chip- 1/4 cawan

cara2 nak buat brownies gaya miss A

mula2 panaskan oven pada suhu 165 degree Celcius, dgn api "atas dan bawah"

lepas tu untuk bahan A kita cairkan butter dan coklat gelap tu mggunakan kaedah double boiling. kacau sampai sebati, lepas tu bagi campuran bahan tadi "cool down" dulu.

bila dah tak panas sgt, then bolehla start masukkan bahan B kedalam bahan A satu persatu,kalau boleh, ikut susunan bahan yang miss A dah susun

mula2 masukkan gula kastor dan essen vanilla dulu, then kacau hingga sebati.

(jangan kacau kuat2, kalau boleh guna senduk ,miss A guna senduk kayu, jgn guna machine, untuk elakkan hasil jadi kek gebu...kita nak brownies...)

bila dah sebati,dan campuran dah sejuk sikit, boleh masukkan telur satu persatu. pecahkan telur, kacau (perlahan2) smpai telur sebati, then masukkan telur yang lain.

(jangan masukkan telur masa campuran panas2, sebab takut, telur tu masak pulak...telur kan sensitif sikit bab haba).

then lepastu, boleh la masukkan tepung gandum (tak payah ayak tepung pon takpe) dan garam.

(kalau guna unsalty butter, boleh letak garam, tapi kalau guna butter biasa, rasa dulu, perlu ke letak garam,takut termasin pulak brownies tu)

now for happy part is tuangkan bahan2 C kedalam campuran yang dah sebati tu, tuang la nak byk mana pun..cuma kalau nak lagi cantik, tuang setengah je dulu chocolate2 tu, kacau (2 kali pusingan je, x payah byk2)..lepastu bila dah tuang dalam loyang, baru hias atas campuran tu lagi setengah.


Untuk loyang, miss A guna loyang bulat, saiz sederhana, (standard ukuran kek biasa)...griss kan loyang tu dgn butter...(jgn byk sgt,nnti takut masin pulak), lepastu letak parchment paper (kertas minyak) sebelum tuang campuran dalam loyang...kalau boleh letak lebih sikit, supaya nanti senang nak angkat brownies keluar dari loyang.

then the last step is bakar dalam oven selama 30-40 min. ( tengok2 jugak, jgn percaya sgt, nnti hangus kalau x check).

ni hasil brownies miss A...
brownies ni kene potong besar2,kalau potong kecik2 takut hancur pulak.
nnti x cantik presentation dia.

..........................................................................................

so macam tu jelah cara nak buat brownies ...sng kan...cuma igt, untuk dapatkan kesan "crispy" bahagian atas brownies tu, jangan over kacau campuran tu, sebab tu x elok guna whisker machine. 




Tuesday, 8 March 2016

review kedai makan cara miss A : The Red Card Cafe

sumber google image: opensnap



hi/ assalamualaikum..

my first entry about cafe review...


first of all miss A buat review pasal cafe ni sebab miss A rasa  cafe ni perlu diketengahkan dan di famouskan service dkt sini superb

macam bajet famous pulak missA nak review pasal kedai makan ni...huhu


al-kisah nyer jodoh nak makan dkt the the red card cafe ni sebab kakak miss A, dia kata dia nak belanja makan kami satu family, sempena birthday emak miss A la katakan...baiknyer la kakak miss A ni..

then,nak dijadikan cerita, dia kata, dia kalau boleh, x nak la makan steambot or ikan bakar...sebab dia rasa tekak dia jadi tekak western pulak hari tu..


so miss A sebagai co assistant dia, cuba la search tempat, yg best utk makan  and hang up as family with comfortable ...and yang dekat area bangi kajang je....sebab malas la nak meredah KL tu malam2...

then search la dkt internet "makanan best dkt bangi/kajang"


tup2 dah ada orang buat list/ review pasal kedai2 mkn area2 bangi/kajang nih..

macam dipermudahkan pulak, bila scroll, punya scroll, tiba2 mata ni terkesima dkt kedai ni..baca review macam menarik kedai ni...trus decide waktu tu..and kakak miss A pon agree..

YES...


malam tu pon, sebab tunang kakak miss A yang bawak kereta, rasa senang pulak nak cari kedai tu,...nampak tak jodoh dgn kedai tu dkt..

ala lagipon kedai ni x susah sangat nak cari...dia dkt area bangi,seksyen 9...oh tapi miss A dpt tahu, yg dkt seksyen 9 ni cafe dia yang baru...yang lama dkt seksyen 3 x silap

kalau korang pernah pergi STEAMBOAT ANTARABANGSA..korang mesti tahu dah la kedai ni...sederet je...orang2 bangi /kajang mesti pejam mata tahulah tempat ni.


then bila masuk je dalam kedai ni, mula2 rasa awkward jugaklah, well baru first time pergi kedai ni,mmg la..lps tu tgk tmpat mcm penuh je...dah nak rasa kecewa dah, if kalau ada pon mcm dkt dgn washroom

then nasib waiter kedai tu perasan kot dgn reaksi miss A,terus dia approach and bawak pergi ke section lain, dkt sbelah..well bila nampak ada tempat yang besar utk kami berlima rasa puas hati dah..good service.


and not only that, tempat ni mmg cozy utk family luangkan masa...x la macam kebanyakan kedai2 hipster yang korang biasa lepak dgn kawan2 korang je.


food serving pon cepat...mantap...miss A bagi lima bintang...




makanan pon sedap...mash potato dia sedap..lagi sedap bila makan dgn coleslow...


tapi kat the red card cafe , yang special dia minuman dia...amik air yang milkshake...mmg significant kedai tu tau...cuba la..

miss A makan chicken grilled with mash potato and cajun coleslow air pulak mintak strawberry milkshake


kenyang malam tu...semua pakat senyap je..sebab perut kenyang


kalau nak pasta pon berlambak choice korang boleh pilih, dari sesimple2 mac and cheese hingga ke complex food

but for my suggestion, cubalah olio seafood... yg ni awesome...miss A smpai rasa nak pesan je bila tgk ayah miss A makan dgn penuh berselera

mostly suggest by miss A


btw
kalau korang nak makan mknn asian pon ada tau, macam tomyam, padthai,kuey teow masak macam2..nasi goreng..n macam2 lagilah.

so don't worry la kalau korang nk makan mknn asia tu...

and the last thing i love about this place is,,,,their price is affordable...jgn takut sgt la....ok je...lagi mahal Manhattan Fish Market tu kalau nk dibandingkan..


oh...kalau korang nk usya or need more info about this cafe, this i provide their link for you to stalk, their new menu, significant and the venue with their address...



nnti dah mkn kat sini jgn lpe check in guys...

.
.
.
.

ok..see you again at my next entry....bye...



Wednesday, 24 February 2016

Miss A dan Post Morterm.






hi korang.....


ok entry kali ni miss A nak cerita pasal pengalaman Miss A



pengalaman pasal autopsy ataupon orang selalu panggil post morterm.


sebagai student forensik...mmg x terlepas la dari tgk prosedur autopsy ni...


kadang2 ada student yg smpai demam2 sbb terigt pasal benda ni..


tapi bagi miss A peluang nak be in mortuary room with a body that usually deal with police case is very rare for ordinary people.

mula2 rasa seram mmg ada la kan dalam diri ni, tipu la kalau x de perasaan tu..cuma lain org lain gaya dia nk deal dgn perasaan seram dia tu.


the moment you enter the mortuary room, the first thing that touch your sense is the smell, smelling of that room, the chemical and of course the smell that come form the death body.


unimaginable...



tapi cuba kita tgk semua ni dari perspektif lain...


persepektif yang miss A maksudkan ni dari segi kekuasaan Allah...


MasyaAllah...hebat sgt kuasa Allah


Dia dah atur elok2 kehidupan seseorang tu, sampai bila seseorang tu meninggal dia dah atur dgn sempurna proses pereputan mayat tu, sampai pakar2 pon dapat tentukan masa kematian seseorang tu.


tu belum masuk bab2 serangga yang akan datang bergilir2 mengikut peringkat pereputan mayat tu,

MasyaAllah....hebat...hebat ciptaan Allah





semua ni ditunjukkan untuk kita memahami kehebatan Allah, mmg tiada tolok bandingnya...


kerdilkan kita, 

lagi satu system badan kita, urat2 dalam badan kita,tulang, organ,muscle dan kulit kita, semua tu Allah dah letak elok2 di tmpt sepatutnya..


miss A ni kan,masa study anatomy, x delah appreciate sgt  benda2 ni, 

tapi bila dpn mata tgk pembedahan mayat tu, tgk organ2 dia,kulit,tnda2 lebam, tulang,urat2 dan system dalam badan yang dah tak bergerak lepas seseorang tu mati...rasa sayu sgt dalam hati ni weyh...


hebatkan Allah....


ni baru benda simple, belum lagi kalau tgk langit, awan, gunung....

weyh rasa kerdil sgt diri ni.....



betullah Allah maha besar....


learning from autopsy procedure from the start till the end

make me question about how i spent my 23 y/o of my life with something, that appreciate HIS power..

nak nangis pulak kalau bygkan...


oh oklah...

sebelum miss A tutup entry ni miss A nk payung la gambar 2 sikit kat korang








feeling "Grey Anatomy' for a little while


kne pakai baju ni tau time nk masuk bilik bedah mayat ni..kalau tak berbau la korang balik bilik nanti...

tambah2 kalau balik2 roomate pulak yg bau bukan kita yang bau...heh..mmg best la


baju,seluar,kasut tudung semua kene rendam lps balik dri autopsy....


rendam dan basuh dan sidai ....



ok lah...

bsok kelas pkl 8....bye...

Friday, 25 December 2015

miss A pun ada kisah seram



salam sayang dekat reader blog silent word

kali ni miss A nak cerita pasal kisah seram la pulak,..well, miss A pun ada kisah seram.

tambah2 bila tengah berpraktikal ni..lagi banyak kisah seram yang miss A sendiri alami.

 tapi sebelum miss A cerita lebih lanjut miss A nk pesan, ingatlah, makhluk ni pon ciptaan Allah, diorang pon ada hak dekat atas muka bumi ni sama macam kita yang diberi title Khalifah ni. mungkin diorang ada reason kenapa diorang suka sakat orang, mungkin diorang x berniat pon nak takut kan kita,

yelah mungkin tu salah satu cara salam perkenalan dari diorang and diorang nak igtkan kita jangan perasan yang kita jer makhluk dkt bumi Allah ni..

igt je benda ni,nnti rasa takut or seram tu surut la dari diri korang, sebab dah lumrah kita sebagai manusia ni, suka sangat takut dengan benda yang kita tak tahu, so always think with the positive sight, when you are afraid


-----------------------------eyh miss A bagi pesanan agama pulak dkt sini--------------------------------

ok la ,let get back to the topic

miss A kan boleh dikategorikan sebagai penakut masa kecik2 dulu, sebab selalu menangis kalau takut,tambah2 bila kazen2 kacau. biasanya jadi mcm sebab tgk movie2 seram dgn diorang.

tapi bila dah besar, ni, fikir hantu/jin/penunggu (whatever korang panggil dia) makhluk Allah, perasaan tu kurang la sikit.

ok, sepanjang miss A berpraktikal ni, miss A kene duduk hostel yang tmpt miss A praktikal ni sediakan, even rumah dkt pon,kene duduk situ, tapi miss A x kisah pon sebab, kawan2 missA semua kat situ..apa adahal, bilik pon besar, toilet dlm blik,ada aircond, satu bilik 2 org lagi...jadi x kisah la kene duduk sini pon.


masa praktikal, selalu sgt org tanya, kt bilik x kene kacau ke..boleh kata hari2 la, kalau jumpa dgn org kerja kt situ, mesti diorang akan tanya benda sama,sampai miss A pon terfikir, betul ke ada kisah seram, sampai semua org asyik tanya benda ni.

so pengalaman seram miss A bermula dengan bunyi seret kasut pada waktu malam.


kalau malam2 around pkl 1-2 pagi tu, selalu dgr bunyi ni,mula2 fikir kawan2 kot lalu depan bilik miss A, tapi bila jenguk kt luar, x de pon org, tanya kawan2 pon,diorang kata buat apa nk lalu depan bilik miss A sambil seret kaki...yang rajin seret kaki, diorang kata miss A je...hahaha..ok..so bila miss A dapat agak, mungkin ada makhluk lain kot yang hidup time pkl 1-2 pagi tu, nk teman miss A buat report kot..jadi miss A buat2 biasa je...time tiba rasa takut tu, miss A pasang2 la jgk ayat2 quran, zikir, bagi tenang sikit hati ni.huhu


pengalaman yang kedua,pengalaman bersama makhluk bernama SERI KEMBOJA.



seram x dgr nama ni, nama ni miss A dengan roomate miss A yang bagi, sebab miss A rasa dkt bilik miss A, ada lagi makhluk lain yang duduk dengan kitorang,jadi dari panggil dia hantu ke,benda ke, baik kami bagi nama seri kemboja dkt dia (harap dia suka)..nampak la manis sikit...

oh btw nak cerita seri kemboja ni,suka keluar masuk bilik kitorang..miss A dgn roomate pon kadang2 x jangka bila dia nk keluar,bila dia nk masuk,..mula2 rasa seram la jgk,tpi dah selalu sgt, lama2 rasa biasa je.

cuba bayangkan, pintu yang dah diselak tutup, plus dikunci, besok pagi masa miss A bangun dri tidur, pintu tu dh terngaga,even x luas pon, tapi pelik la macam mana boleh terbukak dgn sendiri, masa mula2 x tahu tu, miss A igt kan roomate miss A selalu keluar pagi2 amik angin pagi, then bila masuk bilik,dia x tutup pintu rapat2, tapi bila tanya dia, dia kata, mana pernah dia keluar, dia pon x pernah fikir bukan2 sebab dia igt miss A yg jenis mcm tu (i'm a sleepwalker). tapi kalau miss A ni teruk sgt sleepwalker, paling2 kalau pintu tu susah nk bukak, miss A akan tersedar,ni x kan la langsung x sedar (i'm not that bad).

lpst peristiwa pagi tu kami still react mcm biasa, tapi time tghhari,ke ,time miss A dgn roomate borak2,tgk movie,buat keje, automatik pintu bilik kami msti terbuka secara tiba2,macam kene tiup angin je dia bukak,padahal kalau nk fikir logik,pintu bilik miss A tu dh la berat,selagi x pulas tombol pintu tu,mmg x dpt bukak pon,,,jadi semenjak haritu tu kami berdua sedar akan kewujudan Seri Kemboja ni, nasib dia x pernah buat ni time malam2 je..kalau tidak mau takut jgk,bukan takut apa,yelah takut pencuri senang masuk ke,lelaki masuk ke,...x ke tu lagi seram??

miss A pesan dkt roomate miss A, jgnlah takut, Seri Kemboja kacau2 macam tu je, bagi miss A, i just assume tu cara dia nk cakap, dia pon ada kt bilik ni. selagi kita solat cukup, igt Allah, n tahu dia pon makhluk Allah, cukup la..x payah smpai nk panggil bomoh bagai nak halau dia.

tapi kan, tgh Seri Kemboja ni angin x baik, pintu bilik ni macam nk jadi apa ntah,angin tu macam kuat sgt, smpai pintu terbukak bsr2,nasib x terhempas je...

ni praktikal dh nk habis,mesti Seri Kemboja sedih, ye la, nnti dia x de teman dah..duduk la dia sorang dlm bilik kami ni.


pengalaman bunyi sorong, seret kerusi, meja dari bilik atas


hostel miss A ada 4 tingkat, miss A duduk dkt tingkat 3, so ada bilik la kiranya atas bilik miss A tu, kalau ada, nk bagi korang lagi faham, hostel miss A ni hostel utk org kursus, so kalau tmpt praktikal miss A ada buat kursus2 lain ke,mmg peserta kursus kene duduk dkt hostel kami pon.

selalunya mmg abg2 pegawai yang duduk area wing hostel miss A..hahaha, jadi seronok la usha2 abng2 sado tu, kalau tgh jemur kain, tiba2 abg sado dri tingkat atas pon sibuk jemur kain,mmg boleh usha, tpi kene sembunyi2, mne boleh terang2, dh la x pakai tudng, maluuuu la..jadi kita usha dri balik tirai je lah..hahahah kadang abg2 tu perasan je, tapi saja lama2 dkt koridor tmpt sidai kain diornag tu, seronok kene usha la tu..hahah..maigod....... miss A.... GATAL..

ok berbalik kepada topik, nak dijadikan cerita, miss A dgn roomate selalu dgr bunyi seret2 kerusi meja,dari tingkat atas,masa2 abg2 sado tu ada, fikir mngkin diorang exercise ke, tu yg alih2 perabot dulu..tapi time abg2 sado dh habis kursus, tiba2 dgr bunyi seret2 tu,mmg x meremang pon..kalau waktu petang tu, boleh lagi la buat2 biasa..ni time pkl 12-2 pagi tu, sapa x rasa meremang kan. kadang2 dgr bunyi guli, tapi baru2 ni dh x dgr sgt dah..


masa miss A bukak fb, miss A ada la baca pasal tanda2 jin mendiamai kawasan rumah anda..tanda2 mcm seret kerusi, bunyi guli, tu semua ada ..so miss A assume yg dkt atas bilik miss A ni jin kot yg duduk...masa awal2 seram la jgk, tapi lama2 dh biasa dah...cuma rajin la baca apa2 yg patut kalau takut dia kcau lebih dri tu..ingat, nk takut, takut kat Allah je, dia tu, kitan anggap wujud dah, sbb dia pon buat mcm tu, sbb nk buktikan kewujudan dia je..jgn la takut.


pengalaman roomate miss A

1-nmpk miss A pegang pisau sambil berdiri dkt tong sampah.

keadaan bilik miss A ni, mcm ni, pintu masuk then..tgk kanan, akn nmpk meja study miss A and katil miss A,  bila pandang kiri tempat letak kasut, kira tong smpah tu blkg pintu(tong sampah utk buang barang2 yg x berbau,mcm tisu,plastik biskut), then jarak katil miss A dengan roomate kira boleh buat 2 org solat la. tgh2 antara kepala katil miss A dgn katil roomate is meja solek.
dah boleh jadi pelakr pelan dah gayanyer
semangat!!!!


can you imagine??


ok nk dijadikan cerita,masa ptg mcm tu, roomate miss A tidur,miss A pulak tgh tgk movie dkt laptop dkt meja belajar..lepastu masa roomate miss A bangun dri tidur, dia kata kt miss A, masa dia terjaga kejap dari tidur dia nmpk miss A dkt tong smpah, then dia malas nk tegur, n amik tahu, than tidur balik, dia tnya kenapa tdi miss A duduk berdiri depan tong sampah sambil pegang pisau ke gunting macm tu..miss A pelik la..sbb mmg dri tdi mms A x brganjak pon dri meja belajar miss A..nak kata Seri Kemboja yang buat mcm mustahil,sbb dia x kn gnggu smpai tahap tu...

then bila fikir balik,mmg la ada makhluk suka duduk dkt tong sampah tu, sbb miss A buang pad miss A dlm tu,even dh basuh n dah balut bagai,tpi msti ada bnda yg suka kan kt isi dalam plastik smpah tu...ok la,,tpi kenapa pegang pisau??? erk... sebab seram kalau malam2 benda tu buat lagi mcm tu,terus ptg tu jgk miss A buang plastik smpah tu kt luar, even isi dia sikit lagi..

2-nmpk lembaga hitam melintasi dari belakang



kejadian ni baru je terjadi, n x sngka terjadi kt roomate,.....hostel sunyi, kawan2 ramai balik rumah diorang sbb study week, malam tu miss A makan2 kt bilik kawan miss A, roomate miss A x join, then tgh best borak2, sorang dri kwn miss A kata dia dgr roomate miss A panggil nama miss A..tpi mcm x logik, sbb kenapa panggil je,kenapa x jenguk masuk dlm bilik kwn miss A..then lps habis mkn mcm tu, tgh borak2, kwn miss A lagi sorang pulak baca mesej roomate miss A yg mnyatakan utk miss A balik awal ke bilik, sebab dia berasa sedikit seram.. then bila miss A balik bilik miss A tnya la apa yg seram tu..dia kata dia dh type dkt mesej..nnti baca lah


lps tu miss A tnya dia, ade ke dia pnggil miss A masa miss A tengah makan tadi, dia kata x de pon..dia duduk diam2 je dlm bilik..dah tu suara sapa yang kawan miss A dgr tu...asal benda tu nk panggil nama miss A jgk...haih...



so itulah kisah seram miss A

FIRST TIME KARANG CERITA SERAM, MACAM APE JE LAH...

TQ KORANG BACA SAMPAI HABIS CERITA NI, EVEN MISS A  X DE SKILL MENGARANG, KORANG BACA JUGAK SMPAI BAWAH...DGN ITU MISS A UCAPKAN TERIMA KASIH

NNTI ADA MASA MISS A UPDATE ENTRY BARU ok.




Friday, 4 September 2015

JOURNEY OF DEBAB THE CAT SEEK THE NEW HOME





 setiap kucing seharusnya dapat merasa belaian dan kasih sayang dari kita, sebab kucing merupakan makhluk yang lemah, dan mahukan kasih sayang.

salah satu keistimewaan kucing ialah, dia dapat menghilangkan strees, bila kita belai dia, dia akan mengeluarkan frequancy dari badan dia, dan menyebabkan kita tenang.

sebab tu miss A suka bela kucing, sekurang2 nya masa miss A sedih ke,bosan ke, adalah teman nk borak or nak ajak main.

miss A ade dua ekor kucing dkt rumah, nama dia muffin dan waffle, dua2 jantan, manja, dan baru mencecah setahun masa 29 august haritu. nak dijdikan cerita, semenjak 2 minggu kebelakangan ni, ada seekor kucing asyik merayau je dkt rumah miss A, kadang2 dia datang nak minta belai2 je, kadang2 minta makan, miss A kesian dkt dia, sebab tuan dia pindah, then tinggalkan dia, kesian dah x betuan kucing ni.

miss A namakan dia debab sebab dia gemuk sgt



hasrat miss A sebenarnya nak bela debab ni, tapi kucing2 miss A suka gaduh2 dgn dia kalau dia masuk rumah miss A, jadi miss A pon x bela la dia, bagi makan je,

tapi lama kelamaan, miss A rasa kesian dkt dia sebab dia makin kurus and x terurus, nak bela syg pula nnti kucing miss A yang muffin and waffle rasa insecure,

jadi miss A pon iklankan dia dkt satu laman fb ni nama dia, Malaysian Cats Free Adoption. dgn harapan ada orang nak adopt debab ni.



alhamdulillah, ramai yang berminat nak adopt debab ni,

miss A rasa syukur sgt sebab ramai yang concern dkt dia,

now debab dah dapat owner baru,

nama dia AZFAR  tak silap, 

miss A tgk dia biasa jaga kucing, cara dia pegang debab ni, layan2 debab ni, 

moga dia boleh la syg debab dgn sepatutnya.

again terima kasih dkt Azfar and girlfriend dia sebab sudi jaga debab. sayang dia elok2 yer.

p/s: kalau korang rasa x nak bela kucing lps ni, jgn la buang dkt pasar or jalan, iklankan dkt page ni, insyaallah ade org nak bela kucing2 ni,

 ni link dia kalau korang nk tgk kucing or nak iklankan kucing










Sunday, 16 August 2015

quality not quantity



Persahabatan boleh didefinasikan dari hubungan symbiosis, kau x boleh treat kawan kau macam hubungan parasit dimana kau hanya mahukan keuntungan dari relationship tu, macam kau kawan dgn org feymes or hot or kaya untuk dapat tempias diorang. Tapi kau perlu treat kawan kau mcam hubungan mutualisme, di mana kau dan kawan 2 dapat benefit bersama2, dia tolong kau,kau tolong dia, dia bosan, kau buat dia annoy,kau sedih dia gembirakan kau.


Persahabatan bagi miss A memang  penting, sebab tanpa kawan2 hidup kau di sekolah, di uni or di tempat kerja x bermakna. Miss A ni sebenarnya x lah banyak sosailize sgt,dan disebabkan itu, my friend circle is more smaller than others. Tapi miss A tak kisah pun sebab miss A rasa dgn kawan2 miss A yang ada ni,diorang dah cukup buat hidup miss A bermakna, dan disebabkan itulah hanya beberapa org je yang tahu how crazy i am, how funniest i am and how awesome i am.



Persahabtan juga adalah salah satu experimen di mana kita boleh tgk siapa kawan kita yang sebenar,yang always stand by our side in any condition or leave us behind when anything bad happen tu us. 

Kawan ni bermacam jenis,

jenis yang nak berkawan dgn kau time dia takde kawan je (jenis A)
jenis yang nak berkawan dgn kau sebab kau ada something (jenis B)
jenis yang nak berkawan dgn kau (jenis C)

3 jenis ni semua miss A ada

paling ramai sekali kawan adalah kawan jenis A.this type of friendship, i dont know how to describe them,they are totally hypocrite and just use you as their emergency kit. 

kawan jenis B ni miss A tak ramai sgt sebab miss A bkn ada apa2 pun, tapi adalah a few, jenis ni lama kelamaan diorang boleh jadi jenis C or diorang akan selama-lamanya berada di jenis B.

kawan jenis C ni lah miss A boleh kata, boleh kira dgn jari, memang lah diorang nampak sikit, tapi even sikit macam ni, diorang je lah yang boleh senyumkan miss A masa miss A sedih, kawan yang miss A boleh buang masa bersama2,tanpa rasa bersalah, dan sentiasa backup miss A kalau ada org cuba backfire miss A.

in conclusion quantity of friend is nothing when they don't show in your bad day, even kau ada 1000 kawan ,tapi semua suka cakap2 belakang kau, baik kau ada 8 orang kawan yang akan support kau bila ada org mngata kau.

-thus friendship is more about quality than quantity-


Thursday, 5 February 2015

Liebster Award


hai readers sekalian

first thing first miss A buat entry ni sebab budak comel si arnab lia cokelat tag miss A kat entry dia..terima kasih awak sebab sudi tag miss A

insyaallah miss A cuba jawab soalan awak dengan penuh berhemah...

tapi sebelum tu, miss A akan bagitahu rule utk join Liebster award ni


rule2 dia .........
  • mention the person who nominated with link
  • answer the question
  • nominate other blogger
  • create the questions
  • notify your nominate  

ok back to our topic...
miss A dapat soalan ni dari adik amelia

1.  Berapa berat badan? Nyatakan satu perkara yg anda suka tentang blog saya. (apa-apa je, cursor etc)
2.  Apakah perkara yg paling nakal yang anda pernah lakukan bersama kawan anda ?
3.  Hadiah yang paling bermakna yang anda pernah terima ?
4.  Earphone VS Headphone. Yang mana anda lebih suka ?
5. Perkara pertama yang anda buat lepas bangun tidur.
6. Ada tak tabiat2 yg pelik yg anda selalu buat  ?
7.  Rupa paras yg anda paling suka pada anda ? / Favourite feature of yourself.
8.  Perisa dessert yang anda suka. :)



so this is my answer...


  1. fuh nasib dia delete balik soalan berat ni..sensitive tu,ok  apa yang miss A suka tentang blog amelia ni ??? hm.. miss A suka background bintang2 dia plus blog dia ni kemas je..kalah blog miss A..( arnab comel tu paling menarik hati miss A)
  2. perkara paling nakal??? miss A dgn kawan2 pernah hack fb kawan miss A yang sorang ni.lps tu PM lelaki yang dia paling benci..buat2 mcm kawan miss A ni suka kat laki tu..hahaha..
  3. hadiah yang paling bermakna dalam hidup miss A is when i got my first handphone from my dad, x mintak pon..tiba2 pergi kedai terus ayah miss A suruh pilih..mmg terkejut habis la kan..
  4. of course miss A pilih earphone,sebab boleh sorok dalam tudung..bosan dgr lecture dgr lagu, bosan tggu flight dgr lagu, dan earphone ni byk tolong miss A bila miss A naik flight...sumbat dlm telinga..gerenti turun flight x rasa berdengung telinga.. #tips
  5. matikan alarm phone la...lepastu kalau rasa ngantuk tidur balik..hahahahha
  6. tabiat pelik?? ok kalau miss A tengah drive..miss A suka baca iklan kat papan iklan tu, smpai kawan get annoyed kot. (pelik tak)
  7. miss A suka dengan kulit hitam manis miss A ni...kadang2 miss A rasa macam tyra bank or beyonce...
  8. miss A suka caffein..so kalau dessert tu ade perisa latte ke mocha ke..espresso sekali pon..ia tetap mnjadi fav miss A

ok harap awak berpuas hati dengan jawapan miss A

now miss A akan buat soalan pulak

  1. nyatakan satu personaliti diri korang yang korang rasa special
  2. kenapa korang buat blog
  3. apa pendapat korang tentang kpop
  4. bollywood,hollywood or malay stories..mana yang mnjadi pujaan hati
  5. IPTA or IPTS
  6. keluarga or kawan2
  7. kumpul duit untuk travel atau untuk makan di tempat best
  8. siapakah idola korang

miss A tag