Tuesday, 4 June 2013

SETIA MENCINTAIKU

YA ALLAH

aku tahu aku tak sempurna,aku bersyukur kerana Kau masih lagi mahu memberi petunjuk kepada aku.aku tahu Kau masih sayangkan aku.Lindungi la aku dari menyebabkan ayahku atau suamiku masuk kedalam api neraka.



sedih,sebak...tu yang miss A rasa sekarang.miss A tak sempurna.bukan muslimah yang sempurna.


tapi miss A mengaku islam,mengaku yang Allah tu Esa...

miss A cakap je takut kepada tuhan,nak taat perintah dia,x nak lakukan larangan dia,tapi..bila bab menutup aurat..susah sangat nak ikut.pakai ikut dan,baju ketat la kalo boleyh.tudung selempang,shawl baru stail..apa barang pakai baju muslimah,x gojes la...nnti macam mana nak ade keyakinan diri kalau orang tak pandang miss A..

YA ALLAH...

terpesong nya miss A,kenapa miss A terlalu nakkan kemuliaan dari manusia..sedangkan x nak kejar kemuliaan dari pencipta miss A sendiri.nampak sangat miss A ni sombong,

Dia dah bagi byk nikmat kat miss A,ilmu,keluarga,perasaan,sempurna anggota badan,tak terucap nikmat yang dia bagi,kenapa susah sgt nak ikut perintah Dia yang simple tu.Bukan utk sape2 pon.utk diri sendiri jugak.kejam nyer miss A sbb snggup memperlakukan dkt diri sendiri macam ni.


pernah dulu terfikir,ala..nnati kahwin tutup la aurat,cari lelaki yang boleyh bimbimg miss A kearah jalan yang betul..

bila fikir balik,sebak dada terkenangkan ayat diatas,

kenapa nak tutup aurat sebab suami,padahal dia kenal kita semasa kita dewasa,kenapa x nak tutup aurat sebab ayah kita,ayah,dia insan yang byk melakukan pengorbanan terhadap kita,sanggup kita balas pengorbanan mereka dengan memberikan dosa tak tutup aurat pada mereka..astaghfirullahhalazim.

x pon miss A selalu terfikir nak jadi baik sebab nak dapat suami solehah....

YA ALLAH,

sanggup miss A berubah semata-mata nakkan cinta manusia,padahal manusia tu pon makhluk Allah,kenapa miss A kejar cinta manusia,kenapa x nak kejar cinta Allah yang banyak memberi nikmat dan merupakan pencipta miss A.

sedih,sebak..apa yang miss A dah buat dengan diri miss A..

YA ALLAH,ampunkan aku...jadikan aku istiqomah,bimbinglah aku ke jalan yang benar..amin



AKU BERSYUKUR KERANA KAU SETIA MENCINTAI KU YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment