Friday, 25 December 2015

miss A pun ada kisah seram



salam sayang dekat reader blog silent word

kali ni miss A nak cerita pasal kisah seram la pulak,..well, miss A pun ada kisah seram.

tambah2 bila tengah berpraktikal ni..lagi banyak kisah seram yang miss A sendiri alami.

 tapi sebelum miss A cerita lebih lanjut miss A nk pesan, ingatlah, makhluk ni pon ciptaan Allah, diorang pon ada hak dekat atas muka bumi ni sama macam kita yang diberi title Khalifah ni. mungkin diorang ada reason kenapa diorang suka sakat orang, mungkin diorang x berniat pon nak takut kan kita,

yelah mungkin tu salah satu cara salam perkenalan dari diorang and diorang nak igtkan kita jangan perasan yang kita jer makhluk dkt bumi Allah ni..

igt je benda ni,nnti rasa takut or seram tu surut la dari diri korang, sebab dah lumrah kita sebagai manusia ni, suka sangat takut dengan benda yang kita tak tahu, so always think with the positive sight, when you are afraid


-----------------------------eyh miss A bagi pesanan agama pulak dkt sini--------------------------------

ok la ,let get back to the topic

miss A kan boleh dikategorikan sebagai penakut masa kecik2 dulu, sebab selalu menangis kalau takut,tambah2 bila kazen2 kacau. biasanya jadi mcm sebab tgk movie2 seram dgn diorang.

tapi bila dah besar, ni, fikir hantu/jin/penunggu (whatever korang panggil dia) makhluk Allah, perasaan tu kurang la sikit.

ok, sepanjang miss A berpraktikal ni, miss A kene duduk hostel yang tmpt miss A praktikal ni sediakan, even rumah dkt pon,kene duduk situ, tapi miss A x kisah pon sebab, kawan2 missA semua kat situ..apa adahal, bilik pon besar, toilet dlm blik,ada aircond, satu bilik 2 org lagi...jadi x kisah la kene duduk sini pon.


masa praktikal, selalu sgt org tanya, kt bilik x kene kacau ke..boleh kata hari2 la, kalau jumpa dgn org kerja kt situ, mesti diorang akan tanya benda sama,sampai miss A pon terfikir, betul ke ada kisah seram, sampai semua org asyik tanya benda ni.

so pengalaman seram miss A bermula dengan bunyi seret kasut pada waktu malam.


kalau malam2 around pkl 1-2 pagi tu, selalu dgr bunyi ni,mula2 fikir kawan2 kot lalu depan bilik miss A, tapi bila jenguk kt luar, x de pon org, tanya kawan2 pon,diorang kata buat apa nk lalu depan bilik miss A sambil seret kaki...yang rajin seret kaki, diorang kata miss A je...hahaha..ok..so bila miss A dapat agak, mungkin ada makhluk lain kot yang hidup time pkl 1-2 pagi tu, nk teman miss A buat report kot..jadi miss A buat2 biasa je...time tiba rasa takut tu, miss A pasang2 la jgk ayat2 quran, zikir, bagi tenang sikit hati ni.huhu


pengalaman yang kedua,pengalaman bersama makhluk bernama SERI KEMBOJA.



seram x dgr nama ni, nama ni miss A dengan roomate miss A yang bagi, sebab miss A rasa dkt bilik miss A, ada lagi makhluk lain yang duduk dengan kitorang,jadi dari panggil dia hantu ke,benda ke, baik kami bagi nama seri kemboja dkt dia (harap dia suka)..nampak la manis sikit...

oh btw nak cerita seri kemboja ni,suka keluar masuk bilik kitorang..miss A dgn roomate pon kadang2 x jangka bila dia nk keluar,bila dia nk masuk,..mula2 rasa seram la jgk,tpi dah selalu sgt, lama2 rasa biasa je.

cuba bayangkan, pintu yang dah diselak tutup, plus dikunci, besok pagi masa miss A bangun dri tidur, pintu tu dh terngaga,even x luas pon, tapi pelik la macam mana boleh terbukak dgn sendiri, masa mula2 x tahu tu, miss A igt kan roomate miss A selalu keluar pagi2 amik angin pagi, then bila masuk bilik,dia x tutup pintu rapat2, tapi bila tanya dia, dia kata, mana pernah dia keluar, dia pon x pernah fikir bukan2 sebab dia igt miss A yg jenis mcm tu (i'm a sleepwalker). tapi kalau miss A ni teruk sgt sleepwalker, paling2 kalau pintu tu susah nk bukak, miss A akan tersedar,ni x kan la langsung x sedar (i'm not that bad).

lpst peristiwa pagi tu kami still react mcm biasa, tapi time tghhari,ke ,time miss A dgn roomate borak2,tgk movie,buat keje, automatik pintu bilik kami msti terbuka secara tiba2,macam kene tiup angin je dia bukak,padahal kalau nk fikir logik,pintu bilik miss A tu dh la berat,selagi x pulas tombol pintu tu,mmg x dpt bukak pon,,,jadi semenjak haritu tu kami berdua sedar akan kewujudan Seri Kemboja ni, nasib dia x pernah buat ni time malam2 je..kalau tidak mau takut jgk,bukan takut apa,yelah takut pencuri senang masuk ke,lelaki masuk ke,...x ke tu lagi seram??

miss A pesan dkt roomate miss A, jgnlah takut, Seri Kemboja kacau2 macam tu je, bagi miss A, i just assume tu cara dia nk cakap, dia pon ada kt bilik ni. selagi kita solat cukup, igt Allah, n tahu dia pon makhluk Allah, cukup la..x payah smpai nk panggil bomoh bagai nak halau dia.

tapi kan, tgh Seri Kemboja ni angin x baik, pintu bilik ni macam nk jadi apa ntah,angin tu macam kuat sgt, smpai pintu terbukak bsr2,nasib x terhempas je...

ni praktikal dh nk habis,mesti Seri Kemboja sedih, ye la, nnti dia x de teman dah..duduk la dia sorang dlm bilik kami ni.


pengalaman bunyi sorong, seret kerusi, meja dari bilik atas


hostel miss A ada 4 tingkat, miss A duduk dkt tingkat 3, so ada bilik la kiranya atas bilik miss A tu, kalau ada, nk bagi korang lagi faham, hostel miss A ni hostel utk org kursus, so kalau tmpt praktikal miss A ada buat kursus2 lain ke,mmg peserta kursus kene duduk dkt hostel kami pon.

selalunya mmg abg2 pegawai yang duduk area wing hostel miss A..hahaha, jadi seronok la usha2 abng2 sado tu, kalau tgh jemur kain, tiba2 abg sado dri tingkat atas pon sibuk jemur kain,mmg boleh usha, tpi kene sembunyi2, mne boleh terang2, dh la x pakai tudng, maluuuu la..jadi kita usha dri balik tirai je lah..hahahah kadang abg2 tu perasan je, tapi saja lama2 dkt koridor tmpt sidai kain diornag tu, seronok kene usha la tu..hahah..maigod....... miss A.... GATAL..

ok berbalik kepada topik, nak dijadikan cerita, miss A dgn roomate selalu dgr bunyi seret2 kerusi meja,dari tingkat atas,masa2 abg2 sado tu ada, fikir mngkin diorang exercise ke, tu yg alih2 perabot dulu..tapi time abg2 sado dh habis kursus, tiba2 dgr bunyi seret2 tu,mmg x meremang pon..kalau waktu petang tu, boleh lagi la buat2 biasa..ni time pkl 12-2 pagi tu, sapa x rasa meremang kan. kadang2 dgr bunyi guli, tapi baru2 ni dh x dgr sgt dah..


masa miss A bukak fb, miss A ada la baca pasal tanda2 jin mendiamai kawasan rumah anda..tanda2 mcm seret kerusi, bunyi guli, tu semua ada ..so miss A assume yg dkt atas bilik miss A ni jin kot yg duduk...masa awal2 seram la jgk, tapi lama2 dh biasa dah...cuma rajin la baca apa2 yg patut kalau takut dia kcau lebih dri tu..ingat, nk takut, takut kat Allah je, dia tu, kitan anggap wujud dah, sbb dia pon buat mcm tu, sbb nk buktikan kewujudan dia je..jgn la takut.


pengalaman roomate miss A

1-nmpk miss A pegang pisau sambil berdiri dkt tong sampah.

keadaan bilik miss A ni, mcm ni, pintu masuk then..tgk kanan, akn nmpk meja study miss A and katil miss A,  bila pandang kiri tempat letak kasut, kira tong smpah tu blkg pintu(tong sampah utk buang barang2 yg x berbau,mcm tisu,plastik biskut), then jarak katil miss A dengan roomate kira boleh buat 2 org solat la. tgh2 antara kepala katil miss A dgn katil roomate is meja solek.
dah boleh jadi pelakr pelan dah gayanyer
semangat!!!!


can you imagine??


ok nk dijadikan cerita,masa ptg mcm tu, roomate miss A tidur,miss A pulak tgh tgk movie dkt laptop dkt meja belajar..lepastu masa roomate miss A bangun dri tidur, dia kata kt miss A, masa dia terjaga kejap dari tidur dia nmpk miss A dkt tong smpah, then dia malas nk tegur, n amik tahu, than tidur balik, dia tnya kenapa tdi miss A duduk berdiri depan tong sampah sambil pegang pisau ke gunting macm tu..miss A pelik la..sbb mmg dri tdi mms A x brganjak pon dri meja belajar miss A..nak kata Seri Kemboja yang buat mcm mustahil,sbb dia x kn gnggu smpai tahap tu...

then bila fikir balik,mmg la ada makhluk suka duduk dkt tong sampah tu, sbb miss A buang pad miss A dlm tu,even dh basuh n dah balut bagai,tpi msti ada bnda yg suka kan kt isi dalam plastik smpah tu...ok la,,tpi kenapa pegang pisau??? erk... sebab seram kalau malam2 benda tu buat lagi mcm tu,terus ptg tu jgk miss A buang plastik smpah tu kt luar, even isi dia sikit lagi..

2-nmpk lembaga hitam melintasi dari belakang



kejadian ni baru je terjadi, n x sngka terjadi kt roomate,.....hostel sunyi, kawan2 ramai balik rumah diorang sbb study week, malam tu miss A makan2 kt bilik kawan miss A, roomate miss A x join, then tgh best borak2, sorang dri kwn miss A kata dia dgr roomate miss A panggil nama miss A..tpi mcm x logik, sbb kenapa panggil je,kenapa x jenguk masuk dlm bilik kwn miss A..then lps habis mkn mcm tu, tgh borak2, kwn miss A lagi sorang pulak baca mesej roomate miss A yg mnyatakan utk miss A balik awal ke bilik, sebab dia berasa sedikit seram.. then bila miss A balik bilik miss A tnya la apa yg seram tu..dia kata dia dh type dkt mesej..nnti baca lah


lps tu miss A tnya dia, ade ke dia pnggil miss A masa miss A tengah makan tadi, dia kata x de pon..dia duduk diam2 je dlm bilik..dah tu suara sapa yang kawan miss A dgr tu...asal benda tu nk panggil nama miss A jgk...haih...



so itulah kisah seram miss A

FIRST TIME KARANG CERITA SERAM, MACAM APE JE LAH...

TQ KORANG BACA SAMPAI HABIS CERITA NI, EVEN MISS A  X DE SKILL MENGARANG, KORANG BACA JUGAK SMPAI BAWAH...DGN ITU MISS A UCAPKAN TERIMA KASIH

NNTI ADA MASA MISS A UPDATE ENTRY BARU ok.




5 comments:

  1. miss A buat qila takut nk masuk degree next month :( hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah,x de pape. btw goodluck qila,masuk degree karang, belajar rajin2...huhuhuhu

      Delete
  2. Aduhaii.. Kalau hostel2 ni memang ada je kan benda2 ni.. Ish takut pulak saya. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah,kalau x de kisah seram,bukan hostel la namanya kan....

      Delete
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete