Monday, 21 March 2016

Resipi miss A : Resipi Brownies Triple Chocolate



hi chocolate maniac

hari ni kan, miss A nak buat entry tentang share resipi lah..


so to make thing special, this also my first time nk buat entry mcm ni..

Untuk permulaan kita buat benda mudah dulu.....

miss A  suka memasak, tapi lagi suka bakery field....

i love to bake... tambah2 brownies...kalau balik USM x bawak balik brownies, mesti x lengkap

so kat sini miss A nak share resipi mudah buat brownies triple chocolate..


mudah,senang nak hafal and biasanya hasil brownies mesti menjadi...resipi ni pun miss A dapat bila miss A usha blog ni resepi triple chocolate brownies .


miss A nak kredit,blog dia, sebab dia bagi resipi yang senang miss A nak igt,tapi miss A ada ubah a few thing sikit... btw tq...


ok so back to the topik...

bahan2 brownies triple chocolate ni ialah

Bahan A
Butter (jenama anchor)- kalau beli yg 227 g tu, setengah dari tu
Coklat gelap (jenama beryl tanpa susu, kalau yg susu, dia manis.)- 1 1/4 cawan

Bahan B
Gula kastor-1/2 cawan
Essen vanilla-1 sudu teh
Telur Gred B- 3 biji
Tepung gandum-1/2 cawan
Garam-1/2 sudu teh

Bahan C
Chocolate chip- 1/4 cawan
White chocolate chip- 1/4 cawan

cara2 nak buat brownies gaya miss A

mula2 panaskan oven pada suhu 165 degree Celcius, dgn api "atas dan bawah"

lepas tu untuk bahan A kita cairkan butter dan coklat gelap tu mggunakan kaedah double boiling. kacau sampai sebati, lepas tu bagi campuran bahan tadi "cool down" dulu.

bila dah tak panas sgt, then bolehla start masukkan bahan B kedalam bahan A satu persatu,kalau boleh, ikut susunan bahan yang miss A dah susun

mula2 masukkan gula kastor dan essen vanilla dulu, then kacau hingga sebati.

(jangan kacau kuat2, kalau boleh guna senduk ,miss A guna senduk kayu, jgn guna machine, untuk elakkan hasil jadi kek gebu...kita nak brownies...)

bila dah sebati,dan campuran dah sejuk sikit, boleh masukkan telur satu persatu. pecahkan telur, kacau (perlahan2) smpai telur sebati, then masukkan telur yang lain.

(jangan masukkan telur masa campuran panas2, sebab takut, telur tu masak pulak...telur kan sensitif sikit bab haba).

then lepastu, boleh la masukkan tepung gandum (tak payah ayak tepung pon takpe) dan garam.

(kalau guna unsalty butter, boleh letak garam, tapi kalau guna butter biasa, rasa dulu, perlu ke letak garam,takut termasin pulak brownies tu)

now for happy part is tuangkan bahan2 C kedalam campuran yang dah sebati tu, tuang la nak byk mana pun..cuma kalau nak lagi cantik, tuang setengah je dulu chocolate2 tu, kacau (2 kali pusingan je, x payah byk2)..lepastu bila dah tuang dalam loyang, baru hias atas campuran tu lagi setengah.


Untuk loyang, miss A guna loyang bulat, saiz sederhana, (standard ukuran kek biasa)...griss kan loyang tu dgn butter...(jgn byk sgt,nnti takut masin pulak), lepastu letak parchment paper (kertas minyak) sebelum tuang campuran dalam loyang...kalau boleh letak lebih sikit, supaya nanti senang nak angkat brownies keluar dari loyang.

then the last step is bakar dalam oven selama 30-40 min. ( tengok2 jugak, jgn percaya sgt, nnti hangus kalau x check).

ni hasil brownies miss A...
brownies ni kene potong besar2,kalau potong kecik2 takut hancur pulak.
nnti x cantik presentation dia.

..........................................................................................

so macam tu jelah cara nak buat brownies ...sng kan...cuma igt, untuk dapatkan kesan "crispy" bahagian atas brownies tu, jangan over kacau campuran tu, sebab tu x elok guna whisker machine. 




13 comments:

  1. must try!thnks miss A share resipi nanti balik rumah nak cuba buat untuk ank ank buah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. msti anak2 buah makin syg lepas ni..huhuhu

      Delete
  2. daappnyaa... boleh try lepas ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. smpn resipi ni...kalau jadi jgn lpe share..huhu

      Delete
  3. must try! dah bookmarks. tapi xtaulah bila nak buat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus...nnti kalau jadi share k..huhu

      Delete
  4. Pandainya masak....nape x letak iklan....saya kalau baca blog org akan hadiahkan klik setiap kali habis baca.....jom ke blog sya plk

    ReplyDelete
  5. Pandainya masak....nape x letak iklan....saya kalau baca blog org akan hadiahkan klik setiap kali habis baca.....jom ke blog sya plk

    ReplyDelete
  6. wahhh boleh cuba ni! tq share resepi dear =)

    ReplyDelete